Monday 8 October 2012

Mahu berusaha mencapai mampu

Assalamualaykum and good morning peeps! =)

I have day off today and tomorrow, & am spending my time lepaking in one of the famous hotel facing the beautiful sea scenary. 

Ok, I juz wanna share something that I read from Hilal Asyraf book named 'Sebelum Aku Bernikah'. In one of his topic he discussed about ' Berusaha Mencapai Mampu' sebelum bernikah. Kemampuan di sini di bahagi kpd 3 bahagian:
  1. Emosi
  2. Rohani
  3. Material
 "Orang2 yg tidak mempunyai kemampuan berkahwin, mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kpd mereka dari limpah kurnia-Nya"
Surah an-Nur:33

 Things that I got from this part of the book after a while of muhasabah are...
  • Dari segi rohani: Adakah solat 5 waktu ku cukup & selalu di awal waktu? solat subuh ku selalu terlajak.Istiqomahkah aku membaca quran setiap hari? Jika aku tidak mampu mendidik diri ku dari segi rohani lagi, bagaimana aku mampu mendidik bakal anak2 aku kelak? bagaimana pula ibadah2 sunat ku pula?
  • Dari segi emosi: Selalu sgt buat kerja last minute & procrastinate! Nanti mampu kah aku jika masih di takuk lama, can I still cope as a working lady, a wife, a housewife, a daughter and a mother?!!! Sifat2 amarah & malas masih lagi ada,bagaimana family ku kelak? Perlu semaikan sifat sabar, bertolak-ansur, good communication dan faham.
  • Dari segi material: Perlu sit down with Abang & plan our financial plan seperti bil bulanan (bil air, electrik, telefon, astro, internet), wang perbelanjaan dapur bulanan, duit simpanan dan duit simpanan anak..
Hmm..ok la gottago! May today be better than yesterday and may Allah bless. Take care and happy Monday people!! =)

JOM SAMA-SAMA BERUSAHAN MECAPAI MAMPU ITU! =)

Wassalam..
^^Along

Friday 5 October 2012

Makna Perkahwinan

Tazkirah utk diri sendiri berkenaan perkahwinan. 

Semakin menghampiri detik perkahwinan,semakin hati terasa berdebar-debar sampaikan tidak tahu ke arah mana patut ku hala kan tujuan perkahwinan ku ini. Lalu ku merefleksi diri and mencari ayat2 Dia bagi mengukuhkan sebab2 dan tujuan perkahwinan ku kelak..
Perkahwinan adalah satu ibadah jika kita faham & yaqin dgn janji2Nya..

Surah Ar-Rum: 2

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
  •  Menunjukkan kekuasaan Allah
  • Supaya merasa tenteram (sakeenah)
  • Merasa kasih sayang (mawaddah)
 Surah Furqan: 74

 “Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

  •  Menghasilkan keturunan yg halal dan soleh/solehah sbg quratun'ain wa qalb (penyejuk mata &hati)

Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:
“Bahawa dua rakaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat orang bujang”
  • Pahala solat berganda-ganda!

“Apabila seorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga yang disukainya.” (Hadis)
  • Bestnye dapat masuk syurga jika dapat taat kepada suami! Jika tak kahwin,xde suami lagi..huhu
 Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab bahawa Rasulullah bersabda bersabda bermaksud: “Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa saja yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya bernilai di sisi Allah dan rasul-Nya, dan sesiapa saja berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehnya hanya terbatas apa yang diniatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
  • Ya Allah, perbetulkan lah niat ku. Jika aku hanye berniat utk duniamu,sekadar itu sahajalah.Jika aku niat keranaMu, insyaAllah akhirat dapat,dunia menyusul =)
 " (Lazimnya) perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada Allah) dan pengurniaan yang mulia.” (Surah an-Nur, ayat 26)
  • So adakah aku jahat,maka pasanganku mestilah dari kalangan orang yg jahat??!! Ini adalah tanggapan yg SALAH!!! 
  • Jika kita mahu orang yg baik, kita sendiri perlu menjadi orang baik terlebih dahulu.insyaAllah Allah akan berikan orang yg terbaik utk kita! Jika kite hanya dependent kpd orang sahaja,mereka juga manusia,bukan malaikat, iman turun naik.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jom jadi orang yg baik dan BERUSAHA jadi baik. InsyaAllah Allah akan bantu kite dapat jodoh yg baik & TERBAIK utk kita =) Wallahu'alam..

Well,I really hope people who come to my event will make a doa and wish me this (as below) as per Rasulullah have taught in his sunnah. Thanks to Maher Zain coz of his song,I can easily remember this hadith! jazakallahu khair brother!

Daripada al-Hasan, bahawa 'Aqil bin Abi Thalib bernikah dengan seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan "bira' wal banin". 'Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata, Jangan kalian ucapkan demikian!" Kerana Rasulullah SAW melarang ucapan demikian." Para tetamu bertanya, "Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?" 'Aqil menjelaskan, "Ucapkanlah: Barakallahu lakum wa baraka 'alaikum (mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan)." (Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah, Darimi, Nasa'i, Ibn Majah, Ahmad dan lain lain)
"Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair"
Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.

Lets hafal this hadith sama2..insyaAllah dapat pahala di samping mendoakan pasangan yg baru memulakan alam baru..Doakan saya nanti ye! =)


 We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

^^Along

Thursday 4 October 2012

Apabila terasa kecil, terasa dipijak-pijak...

Sebenarnya la kan, tiap-tiap hari ada aje masalah. Daripada masalah kecik sampai la ke masalah paling besor, adakalanya dipanggil "masalah negara".

Ada antara korang yang serabut sangat kepala otak tu, ambik beberapa jalan penyelesaian yang adakalanya langsung tak logik bila difikir-fikirkan...kan? tapi dah itu aje yang korang terpikir masa tu. so kira bijak juga la, sebab masih sempat mengeluarkan buah fikiran, samada untuk menyelesaikan masalah tu ataupun lari dari masalah tu..

cuba tengok orang Palestin...tiap2 hari asyik nampak "hantu",perkara-perkara seram dan menakutkan. Kita baru mimpi kena cekik ngan hantu, kena kejar ngan ular, dah bepeluh sampai lencun lantas beristighfar beberapa kali sambil urut2 dada, takkurang ada yang menangis jerit panggil mak abah atau berpelukan bagi laki bini..

Didalam dada mereka, telah dididik dan di besarkan menjadi seorang "syuhada". Mereka kepingin roh mereka "dijemput" dengan lembaran berbau haruman kasturi dari syurga malahan diiringi kumpulan burung-burung hijau di hari pengebumian. 

Pada mereka, masalah tetap ada dan mendatang. JANGAN LARI DARI MASALAH, kerana ada lagi manusia lain yang mempunyai masalah yang lebih besar dari masalah yang anda hadapi. Kalau kusut masai sangat pun, try to find your own space kate orang putih atau pun berdiam diri di tempat terpencil, masuk masjid ke, ambik angin sorang2 tepi pantai ke dan fikirlah baik-baik..takda masalah yang takdapat diselesaikan ...-abang-


Monday 1 October 2012

Happiness


Everyone deserves to be HAPPY! =)



Some sharing from fb. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini.Beruntunglah orang yg lebih baik dari sebelumnya =)

Good night peeps! Wassalam..

^^Along

Wahai lelaki muslim..

Carilah wanita atas ciri2 berikut utk dinikahi..

"Dinikahi seseorang wanita kerana 4 perkara: Kerana HARTANYA, KETURUNANNYA, KECANTIKKANNYA dan AGAMANYA. Maka pilihlah yg beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan"
(Hadis Riwayat Bukhari& Muslim)







Dan wahai kaum lelaki,janganlah kamu permainkan perasaan wanita..sebab once di kecewakan sebab di permainkan,TIADA MAAF BAGI MU & ia adalah satu dosa.


Carilah bidadarimu bg menggantikan tulang rusuk mu yg hilang itu..Bidadari yg boleh memberimu ketenangan dan bersama2 berusaha membawa ke syurga,bukan bersama membawa ke neraka..

Waallahu'alam..



Wahai wanita muslimah



Jadilah seperti pohon semalu..perhiaskan diri mu dgn sifat malu dan takwa..


عَنْ أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِي الْبَدْرِي رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ

[رواه البخاري ]

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah :  Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka
(Riwayat Bukhori)

Seindah hiasan adalah wanita solehah =)

Anyway,usaha doa tawakal..Rapatkan diri dgn Allah,insyaAllah Allah akan rapatkan diri kita dgn jodoh yg terbaik utk kita =) insyaAllah jodoh yg terbaik jika memilih dari kaca mata Allah =)







Preparation CHECKLIST to ponder for pre-marriage

Things to think of 6month-1year before marriage. The big picture.These are stuff we plan on our first meeting online via skype :D

1) The date of pernikahan & reception.
-review holiday dates
-review favorite dates

2) The venue of solemnization
-masjid? hall? rumah keluarga?

3) Book hall awal2 for resepsi
-survey harga2 hall if nak buat di hall and survey harga2 as hall sgt cepat d book habis especially during the holiday period. Fully booked 1 year before for favourite dates and favourite hall.

4) Food
-catering
-masak sendiri or rewang
-survey the cost per person

5) Baju/ pelamin/mak andam
-for nikah & reception
-cari tailor, design, theme, colour


*pelamin nikah Irma*

6) Photographer
-harga utk satu event
-harga package (ie type of album,video etc)

7) Kad kahwin
-combination kad or sendiri2
-theme for the card
-cost perpiece


*kad kahwin Irma,simple but nice kan?*
8) Door gifts


9) Barang2 hantaran

10)Pre-nikah documentation
-Kursus kahwin
-borang nikah
-borang kesihatan eg HIV test etc
-find tok kadi

11)Cost budget for everything above
-plan within budget above
-know your limits
-perlu plan as it is not just nikah we want to spend for but after nikah lebih byk perlukan duit sebab to start a new life =)

^^Along