Ada antara korang yang serabut sangat kepala otak tu, ambik beberapa jalan penyelesaian yang adakalanya langsung tak logik bila difikir-fikirkan...kan? tapi dah itu aje yang korang terpikir masa tu. so kira bijak juga la, sebab masih sempat mengeluarkan buah fikiran, samada untuk menyelesaikan masalah tu ataupun lari dari masalah tu..
cuba tengok orang Palestin...tiap2 hari asyik nampak "hantu",perkara-perkara seram dan menakutkan. Kita baru mimpi kena cekik ngan hantu, kena kejar ngan ular, dah bepeluh sampai lencun lantas beristighfar beberapa kali sambil urut2 dada, takkurang ada yang menangis jerit panggil mak abah atau berpelukan bagi laki bini..
Didalam dada mereka, telah dididik dan di besarkan menjadi seorang "syuhada". Mereka kepingin roh mereka "dijemput" dengan lembaran berbau haruman kasturi dari syurga malahan diiringi kumpulan burung-burung hijau di hari pengebumian.
Pada mereka, masalah tetap ada dan mendatang. JANGAN LARI DARI MASALAH, kerana ada lagi manusia lain yang mempunyai masalah yang lebih besar dari masalah yang anda hadapi. Kalau kusut masai sangat pun, try to find your own space kate orang putih atau pun berdiam diri di tempat terpencil, masuk masjid ke, ambik angin sorang2 tepi pantai ke dan fikirlah baik-baik..takda masalah yang takdapat diselesaikan ...-abang-
No comments:
Post a Comment