Monday 1 October 2012

Barang hantaran & tepak sirih

Hello again =)

Tetiba nak post lagi hari ini..

Barang2 hantaran adalah sekadar adat sahaja..Mas kahwin yg syariat..boleh refer hadis2 Rasulullah SAW berkenaan mas kahwin yg tidak perlu mahal mana pun:

1) “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”
2)  “Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”


Mas kahwin ini adalah hak milik si isteri. Ia pula tidak semestinye berbentuk wang or emas..tetapi boleh juga dgn ayat2 al-quran seperti surah al-fatihah etc. Bagi Along pula berkenaan ayat2 quran ni jika mahu di jadikan sbg mas kahwin, semestinya pasangan itu hafal dan faham betul2 maksud ayat2 surah tersebut..bukan sekadar bagi sahaja..

Bila kite lihat zaman sekarang ini, byk di sibukkan dgn hantaran2 kahwin..hantarn2 tersebut mestilah banyak dan mahal2.hmm..perlu kite faham and differentiate of what is adat and what is syariat! =) tidak semestinye hantaran yg mahal is bagus. Kite perlu ingat bahwa pembaziran adalah amalan syaitan dan kite boleh salurkan duit tu ke tempat2 lain yg lebih memerlukan selain focus on hantaran sahaja. Wang hantaran pula merupakan wang belanja utk majlis,bukan utk di pamerkan or riak dgn tingginya wang hantaran tersebut.

Lihat,byk btul amalan2 yg tidak elok dlm proses persediaan perkahwinan jika kite tidak berhati2 eg pembaziran berlebih2an dlm memilih barang2 hantaran dan sikap riak or menunjuk2 dlm meletakkan harga wang hantaran.

Lets talk about barang2 hantaran pula..
Menurut adat Melayu, hantaran mestilah dlm bilangan ganjil. Bilangan hantaran dari pihak perempuan mestilah lebih dari pihak lelaki. Contohnya,jika pihak perempuan beri hantaran sebyk 9 dulang, pihak lelaki beri hantaran sebyk 7 dulang. Jika 11dulang, lelaki 9 dulang dan begitulah seterusnya.

Antara barang2 hantaran yg wajib or perlu ada ialah sirih junjung, cincin, buah-buahan dan manisan seperti kek, coklat and cupcake. Jika diikutkan adat Perak,perlu ada tepak sirih. Abang mengalami sedikit masalah dgn tepak sirih as he is not from Perak background,so what he did was asking my opah who is really strict on adat2 melayu ni. The susunan dlm tepak sirih pun sangat particular..huhuh..


Barang2 yg perlu ada dlm tepak sirih adalah :
1)Buah pinang
2)Kapur
3)Gambir
4)Tembakau
5)Cengkih
6)Dauh sirih
7)Kacip

Tepak sirih adalah adat kebesaran dan kebudayaan raja2 melayu dan masyarakat melayu. Susunan bahan2 tersebut adalah seperti rajah di atas. Dauh sirih mestilah disusun atur dgn baik. Bunga2 segar dan berbau harum seperti bunga ros di susun in between bahan2 sebelum di tutup kemas dgn penutup kotak tepak. Mengikut opah Along,di bhgn bawah tepak sirih tu di letakkan duit 'saku' eg RM10-50 dan seplastik beras sbg hadiah. Terkial2 Abang menyalin all the bahan2 and procedure from opah Along..hehhe..what to do..we need to follow the adat maaa...For me as long as it is not melanggar syariat, I am fine with that =)

Makna tersirat bahan2 dlm tepak sirih yg along dapat from one of the bacaan:

  • Sirih – Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
  • Kapur – Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.
  • Gambir – sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
  • Pinang – Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
  • Tembakau – Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

  • Selamat menyediakan barang2 hantaran! =)

    ^^Along

    1 comment: