Friday, 5 October 2012

Makna Perkahwinan

Tazkirah utk diri sendiri berkenaan perkahwinan. 

Semakin menghampiri detik perkahwinan,semakin hati terasa berdebar-debar sampaikan tidak tahu ke arah mana patut ku hala kan tujuan perkahwinan ku ini. Lalu ku merefleksi diri and mencari ayat2 Dia bagi mengukuhkan sebab2 dan tujuan perkahwinan ku kelak..
Perkahwinan adalah satu ibadah jika kita faham & yaqin dgn janji2Nya..

Surah Ar-Rum: 2

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
  •  Menunjukkan kekuasaan Allah
  • Supaya merasa tenteram (sakeenah)
  • Merasa kasih sayang (mawaddah)
 Surah Furqan: 74

 “Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

  •  Menghasilkan keturunan yg halal dan soleh/solehah sbg quratun'ain wa qalb (penyejuk mata &hati)

Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:
“Bahawa dua rakaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat orang bujang”
  • Pahala solat berganda-ganda!

“Apabila seorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga yang disukainya.” (Hadis)
  • Bestnye dapat masuk syurga jika dapat taat kepada suami! Jika tak kahwin,xde suami lagi..huhu
 Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab bahawa Rasulullah bersabda bersabda bermaksud: “Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa saja yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya bernilai di sisi Allah dan rasul-Nya, dan sesiapa saja berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehnya hanya terbatas apa yang diniatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
  • Ya Allah, perbetulkan lah niat ku. Jika aku hanye berniat utk duniamu,sekadar itu sahajalah.Jika aku niat keranaMu, insyaAllah akhirat dapat,dunia menyusul =)
 " (Lazimnya) perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada Allah) dan pengurniaan yang mulia.” (Surah an-Nur, ayat 26)
  • So adakah aku jahat,maka pasanganku mestilah dari kalangan orang yg jahat??!! Ini adalah tanggapan yg SALAH!!! 
  • Jika kita mahu orang yg baik, kita sendiri perlu menjadi orang baik terlebih dahulu.insyaAllah Allah akan berikan orang yg terbaik utk kita! Jika kite hanya dependent kpd orang sahaja,mereka juga manusia,bukan malaikat, iman turun naik.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jom jadi orang yg baik dan BERUSAHA jadi baik. InsyaAllah Allah akan bantu kite dapat jodoh yg baik & TERBAIK utk kita =) Wallahu'alam..

Well,I really hope people who come to my event will make a doa and wish me this (as below) as per Rasulullah have taught in his sunnah. Thanks to Maher Zain coz of his song,I can easily remember this hadith! jazakallahu khair brother!

Daripada al-Hasan, bahawa 'Aqil bin Abi Thalib bernikah dengan seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan "bira' wal banin". 'Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata, Jangan kalian ucapkan demikian!" Kerana Rasulullah SAW melarang ucapan demikian." Para tetamu bertanya, "Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?" 'Aqil menjelaskan, "Ucapkanlah: Barakallahu lakum wa baraka 'alaikum (mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan)." (Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah, Darimi, Nasa'i, Ibn Majah, Ahmad dan lain lain)
"Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair"
Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.

Lets hafal this hadith sama2..insyaAllah dapat pahala di samping mendoakan pasangan yg baru memulakan alam baru..Doakan saya nanti ye! =)


 We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

^^Along

No comments:

Post a Comment